Skip to main content

Jika anda telah pun menjangkau usia melebihi fasa remaja dan fikir anda tidak akan melalui fasa mempunyai jerawat, ternyata anda salah. Jerawat tidak mengenal usia dan tidak tertakluk pada golongan remaja sahaja, malah boleh terjadi dalam golongan warga emas juga. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Jerawat terjadi disebabkan banyak faktor seperti jangkitan kuman, penghasilan minyak berlebihan, stres, hormon, salah pemilihan produk muka, pemakanan dan faktor kesihatan. Penghasilan jerawat boleh menjatuhkan tahap keyakinan diri terutamanya apabila perlu menghadapi orang luar. Ada juga yang berpendapat bahawa masalah jerawat tidak digalakkan untuk memakai kosmetik. Namun, bagaimana pula untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menutup cela di muka?

Jangan risau. Tak semestinya mempunyai jerawat tidak boleh bersolek. Pastinya ada produk kosmetik yang selamat untuk digunakan walaupun kulit sedang breakout. Kami ada beberapa produk kosmetik yang boleh digunakan untuk kulit berjerawat.

Stay Matte Foundation

Diformulasikan sebagai bebas minyak (oil-free), foundation ini dijamin boleh mengecutkan jerawat disebabkan wujudnya bahan-bahan mineral yang membantu untuk mengawal masalah jerawat. Foundation ini diformulasikan khas untuk mengecilkan pori-pori dan mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan di muka yang memberi kesan matte finish yang berpanjangan tanpa menjadikan kulit berkilat selepas beberapa jam.

Antara bahan utama yang terkandung dalam foundation ini adalah:

  1. Calcium Gluconate

Calcium Gluconate merupakan humektan (humectant) bantu untuk menyerap ekstra minyak yang terkumpul di muka dan menjadikan kulit sentiasa lembap. Bahan ini juga mampu untuk memelihara kulit berseri dan sekata.

  1. Zinc Oxide

Penggunaan Zinc Oxide sangat meluas dalam kosmetik kerana bahan ini memelihara kulit daripada sebarang keradangan dan iritasi. Dengan wujudnya bahan ini di dalam Stay Matte Foundation, ia membantu untuk mengawal kulit daripada terkena sunburn.

  1. Magnesium Silicate

Magnesium Silicate merupakan komponen utama dalam proses pembuatan produk berasaskan bedak (talc). Penggunaan bahan ini dalam kosmetik berfungsi sebagai penyerap (absorbent) untuk mengurangkan minyak berlebihan dalam liang pori-pori.

  1. Copper

Copper memberi kesan warna keperangan dalam kosmetik, selalunya dijumpai dalam produk mata, bedak dan lipstick. Bahan ini meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di muka.

BB Cream

Jika anda kurang gemar pakai foundation, kami sarankan untuk guna BB Cream iaitu tinted moisturiser. Tinted moisturiser selalunya dipasarkan dalam bentuk tiub yang mempunyai pelbagai fungsi dan mengandungi pelbagai bahan penjagaan kulit.

BB Cream adalah singkatan kepada Beauty Balm atau Blemish Balm. BB Cream diformulasikan dengan 7 bahan-bahan utama yang membantu untuk memelihara dan memulihkan kulit di samping menutup cela-celah di wajah untuk tampak lebih bermaya. Bahan-bahan yang terkandung dalam BB Cream termasuk:

  1. Macadamia Oil

Bahan ini sangat terkenal dalam produk penjagaan kulit. Fungsinya adalah untuk melembapkan dan memulihkan kulit dari dalam. Diperkaya dengan asid oleic, linoleic dan palmitoleic, bahan ini dijumpai mampu untuk menegangkan kulit dan merawat masalah stretch marks serta memudarkan parut.

  1. Argan Oil

BB Cream juga mengandungi Argan Oil yang membantu dalam menyeimbangkan tahap sebum dalam kulit. Dengan adanya bahan ini dalam BB Cream, ia juga membantu memudarkan parut-parut jerawat dan bintik-bintik hitam.

  1. Vitamin B3 

BB Cream juga mempunyai Vitamin B3, atau lebih dikenali sebagai Niacinamide yang merupakan antara bahan yang dicari oleh orang ramai dalam produk penjagaan kulit. Sebagai bahan yang dianggap sebagai “star ingredient”, ia menegangkan garis-garis halus dan kedutan di kulit dan menjadikannya lebih anjal dan montok. Patutlah orang Korea sangat mengejar bahan ini dalam produk penjagaan kulit mereka kerana mereka sangat obses untuk tampak awet muda.

  1. Oat Extract

Tahukah anda Oat Extract sebenarnya adalah pelembap kulit semulajadi yang sangat berguna untuk kulit sensitif? Bahan ini diperkaya dengan antioksida yang tinggi dan ciri-ciri anti keradangan yang membantu untuk melegakan sebarang iritasi dan keradangan di kulit. Ia juga membantu dalam memulihkan kulit.

  1. Silk Protein

Silk Protein mewujudkan lapisan pelindung pada kulit dan menghaluskan kulit serta meningkatkan kelembapan dalam kulit.

  1. Collagen

Collagen dalam BB Cream bantu untuk meningkatkan permukaan kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan memperlahankan proses penuaan.

  1. SPF 15

BB Cream juga mempunyai perlindungan daripada sinar UV yang berbahaya pada kulit iaitu SPF 15. Bukan sekadar makeup untuk tutup cela, malah dapat bantu melindungi kulit daripada matahari.

Leave a Reply