Siapa tidak mahu kulit kelihatan bermaya dan berseri? Pastinya kulit yang bebas daripada cacat cela menjadi impian setiap orang. Namun, disebabkan beberapa tabiat atau faktor tertentu menjadikan kulit kusam dan kelihatan tidak bermaya.
Adakah anda mempunyai masalah wajah kusam? Jangan risau. Setiap masalah pastinya ada jalan penyelesaian. Atasi masalah kulit kusam dengan ikuti 7 langkah-langkah ini.
Langkah 1: Lakukan eksfoliasi.
Eksfoliasi perlu dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Proses ini membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati yang berada pada lapisan luar kulit di samping memperbaiki tekstur dan warna kulit.
Dr. C. Tuna White+ Correct Exfoliating Cleanser merupakan skrub yang teksturnya sangat lembut dan halus, sesuai digunakan untuk melakukan proses eksfoliasi. Jika digunakan secara konsisten, anda akan perasan kulit semakin cerah dan sekata kerana sel-sel kulit mati telah disingkirkan dan peredaran darah semakin baik.
Langkah 2: Membersihkan wajah.
Pembersihan wajah sangatlah penting dalam memastikan kulit bebas daripada segala kotoran. Gunakan Dr. C. Tuna White+ Correct Brightening Soap untuk mencuci muka. Kulit akan menjadi lebih lembut dan tidak mengeringkan kulit.
Langkah 3: Menggunakan toner.
Toner adalah bertujuan untuk mempercepat proses penyingkiran sel-sel kulit mati dan mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan di samping menyeimbangkan pH kulit. Dengan penggunaan Dr. C. Tuna White+ Correct Brightening Essence Tonic secara konsisten, kulit akan kelihatan lebih segar, berseri dan cerah.
Langkah 4: Merawat bawah mata.
Ramai mengambil ringan tentang kawasan bawah mata. Sebenarnya kawasan bawah mata sangatlah perlu dititikberatkan kerana penuaan paling ketara di bawah mata. Garis-garis halus mula muncul di bahagian bawah mata dan ini menunjukkan tanda penuaan awal.
Dengan menambahkan Dr. C. Tuna White+ Correct Brightening Eye Balm dalam rutin penjagaan kulit dalam menangani wajah kusam, ia membantu untuk mencerahkan bahagian bawah mata dan menganjalkan kulit supaya menjadi lebih tegang dan mengurangkan garis-garis halus.
Langkah 5: Mencerahkan bintik-bintik hitam.
Bintik-bintik hitam di wajah juga menjadikan kulit kelihatan kusam. Namun, bintik-bintik hitam boleh dikurangkan dengan menggunakan Dr. C. Tuna White+ Correct Dark Spot Corrector Serum. Serum ini diformulasikan dengan bahan-bahan aktif untuk membuat kulit kelihatan lebih sekata dengan mencerahkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam.
Langkah 6: Melembapkan kulit.
Semestinya kulit memerlukan kelembapan yang berpanjangan untuk menjadikan kulit lebih berseri dan bermaya. Kulit boleh tampak lebih cerah dengan segera apabila menggunakan Dr. C. Tuna White+ Correct Brightening Cream yang diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang fungsinya mencerahkan kulit seperti ekstrak Sand Lily dan Algae sekaligus menganjalkan kulit.
Langkah 7: Memakai tinted moisturiser sebagai alat solek asas.
Pemakaian kosmetik yang kerap juga menyumbang kepada penyebab wajah kelihatan kusam. Gantikan foundation dengan tinted moisturiser seperti CC Cream sebagai kosmetik harian kerana tinted moisturiser bukan sekadar kosmetik yang bantu untuk menutup cela tetapi diformulasikan dengan bahan-bahan penjagaan kulit yang menyeluruh.
CC Cream mempunyai bahan-bahan yang membantu untuk memelihara, memulihkan dan menjadikan kulit lebih berseri dan sekata seperti kulit sendiri.