Skip to main content

Sememangnya membeli pelembap muka atau moisturiser bukanlah suatu hal yang mudah. Lambakan produk kecantikan yang mempunyai pengkhususan tertentu seperti anti jeragat, anti penuaan, kulit sensitif dan sebagainya pula akan membuatkan keputusan anda menjadi lebih sukar. Oleh itu, jika anda mempunyai jenis kulit kombinasi, anda perlu mengenalpasti kandungan produk terlebih dahulu sebelum menentukan moisturiser manakah yang sesuai tanpa memberi kesan sampingan kepada anda.

Kulit kombinasi merujuk kepada kulit yang berminyak di bahagian Zon-T (dahi, hidung dan dagu), manakala tekstur kulit yang kering di bahagian pipi dan rahang. Berikut adalah tips berkesan untuk mencari moisturiser sesuai untuk kulit kombinasi.

  1. Tekstur jernih (sheer)

Pilih pelembap yang ringan, sama ada gel atau berasaskan air (water-based) kerana ianya mampu menghidrat kulit tanpa rasa melekit atau tebal. Sebolehnya, pilihlah pelembap dengan konsistensi ringan (lightweight). Produk melembap yang ringan dapat memberi khasiat dan hidrasi kepada kulit kering tetapi tidak terlalu berminyak menjadikannya selamat untuk bahagian kulit yang agak berminyak. Aplikasikan moisturiser tersebut kepada seluruh wajah dan kemudian lebihkan sedikit di bahagian kulit wajah yang agak kering seperti pipi dan rahang.

Dr. C. Tuna Age Reversist Rich Moisturizer membantu untuk menjadikan kulit lebih anjal dan lembap di samping mengawal penghasilan minyak yang berlebihan.

  1. Menggunakan produk berformulasi bebas minyak (oil-free)

Gunakan moisturiser dengan formula tanpa minyak di bahagian kulit berminyak untuk membantu mengawal minyak tanpa menutup liang pori atau menghasilkan iritasi pada bahagian wajah berminyak di samping memberi manfaat kepada kulit secukupnya.

  1. Menggunakan produk yang mempunyai hidrasi tinggi

Hidrasi adalah kunci utama untuk kulit kombinasi kekal sihat dan lembap. Semak moisturiser yang mengandungi bahan pelembap seperti hyaluronic acid, ceramides, squalene atau aloe vera; supaya dapat mengekalkan kulit kering dan berminyak untuk sentiasa hidrat, anjal dan sekata.

  1. Menggunakan produk hibrid suncreen dan pelembap

Kulit anda kelihatan semakin berminyak setelah aplikasi sunscreen? Pilih moisturiser harian yang ringan dengan perlindungan SPF 20 dan ke atas. Pastikan sunscreen anda mengandungi bahan pelembap seperti hyaluronic acid, ceramides, atau niacinamide yang dapat menghidrat kulit tanpa meninggalkan kesan minyak.

Dr. C. Tuna White+ Correct Brightening Cream merupakan moisturiser hibrid sunscreen yang mengandungi SPF 22 dengan tekstur krim. Pelembap ini dijamin menyerap pada kulit dan memberi kelembapan yang diperlukan tanpa sebarang iritasi dan mengawal minyak.

  1. Gunakan tinted moisturiser 

Disebabkan kulit kombinasi kerap mempunyai masalah kering dan berminyak di sesetengah bahagian kulit muka, penggunaan foundation yang matte kurang ideal. Gantikannya dengan tinted moisturiser yang mampu untuk melembapkan kulit.

CC Cream merupakan kosmetik paling ideal untuk kami sarankan bagi kulit kombinasi disebabkan teksturnya yang membantu untuk memberi kelembapan berpanjangan di samping memelihara kulit.

Leave a Reply