Kulit kering menjadikan kulit tampak kusam dan tidak bermaya. Kekeringan pada kulit bukan sekadar menjadikan permukaan kulit kasar, malah boleh menjadikannya bersisik dan menggelupas. Mengapa rakyat Malaysia ramai mengalami masalah kulit kering?
Faktor Kulit Kering
Mengapa kulit kering? Adakah kerana faktor cuaca yang panas di Malaysia? Jom kenal pasti faktor kulit kering.
- Tidak cukup minum air
Kurang minum air menyebabkan dehidrasi yang menjurus kepada kulit kering dan gatal. Kulit kelihatan bersisik dan kasar adalah kerana kekurangan air untuk memberi kelembapan kepada kulit.
- Faktor cuaca dan suhu
Kulit kering selalunya berpunca daripada faktor cuaca dan suhu. Cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Jalan yang terbaik adalah dengan melembapkan kulit dengan pelembap yang memberi ekstra kelembapan berbanding dengan pelembap biasa.
- Faktor usia
Faktor usia juga merupakan salah satu punca kulit menjadi kering. Semakin kita meningkat usia, penghasilan kolagen dalam badan kita semakin berkurang yang menyebabkan kulit kurang anjal dan tegang.
- Faktor kesihatan
Bagi yang mempunyai ekzema, psoriasis atau penyakit kulit yang sewaktu dengannya, selalunya menghadapi masalah kulit kering atau sensitif. Jika kurang hidrasi, kulit kering boleh menjadi kemerah-merahan dan merekah dengan teruk.
Masalah yang Sering Dihadapi oleh Orang Kulit Kering
- Kulit kusam
Kulit kering sering menjadikan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Apabila bersolek, kulit tidak menaikkan seri yang semulajadi. Maka, adalah sangat disarankan untuk memakai pelembap yang teksturnya tebal supaya kulit tampak lebih sihat dan bermaya.
- Mudah mengalami keradangan
Keradangan mudah berlaku apabila kulit kering sehingga boleh menjadi gatal dan menggelupas.
- Mengalami kedutan
Orang yang mengalami masalah kulit kering lebih cepat mengalami kedutan dan proses penuaan disebabkan kekurangan kolagen yang terhasil.
Bagi yang mengalami kulit kering, Dr. C. Tuna Age Reversist Rich Moisturizer mampu untuk menyelesaikan masalah kulit kering. Diperkaya dengan bahan-bahan antioksidan yang tinggi, pelembap ini membantu untuk mengurangkan warna tona kulit yang tidak sekata dan memberi ketahanan kepada kulit terhadap faktor-faktor luar.
Bahan utama yang terkandung dalam Dr. C. Tuna Age Reversist Rich Moisturizer adalah ekstrak algae, atau secara saintifiknya dipanggil Laminaria Digitata Extract. Bahan ini memberi kelembapan yang berpanjangan kepada kulit. Ia mengandungi iodin organik yang menggerakkan cecair yang tersimpan di sesetengah kawasan kulit, merangsang peredaran darah dan membantu menyingkirkan toksin.
Dapatkan Dr. C. Tuna Age Reversist Rich Moisturizer di sini: