7 TIPS PENJAGAAN KULIT BAGI KULIT TIDAK BERMAYA
Wanita sering rasa gerun apabila kulit kelihatan tidak bermaya kerana selalunya kelihatan lebih tua dan kusam. Ia adalah disebabkan sel-sel kulit mati yang telah berada di permukaan kulit yang menyebabkan kulit kelihatan lebih kasar dan tidak bermaya. Kulit tidak bermaya bukan sahaja berlaku pada orang dewasa tetapi juga dalam golongan remaja. Jadi, sangatlah penting untuk kita mengurus kulit kita dengan cara yang betul.
1. Rajinkan diri untuk mencuci muka
Kulit kita sering terdedah dengan debu dan habuk halus. Zarah-zarah kecil inilah yang boleh menyumbatkan pori jika tidak dicuci dan bakal mengeluarkan jerawat dan jeragat jika tidak diurus dengan betul. Namun, kerap mencuci muka juga boleh menyebabkan kulit semakin kering. Disarankan untuk mencuci apabila perlu sahaja atau sebelum tidur.
2. Menyegarkan kulit dengan memakai toner
Toner perlu dipakai selepas mencuci muka untuk mengembalikan kelembapan kulit. Dengan menggunakan toner, kulit akan lebih bersedia dan lebih lembut untuk menerima produk lain di dalam rutin penjagaan kulit muka. Toner juga mampu untuk menghilangkan debu-debu atau minyak yang berlebihan dalam pori-pori, menstabilkan pH kulit dan bantu mengawal kenaikan jerawat.
3. Melembapkan kulit dengan memakai pelembap
Salah satu punca kulit kusam adalah kerana jarang memakai pelembap atau salah pilih pelembap yang sesuai dengan kulit muka. Mengenalpasti masalah kulit terlebih dahulu disarankan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan sesuatu produk. Pelembap sangat diperlukan dalam rutin penjagaan kulit untuk mengurangkan peluang untuk masalah kulit lebih timbul. Jika anda mempunyai kulit kering, gunakan krim pelembap kerana ia mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi yang mampu mengembalikan kelembapan kulit. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit berminyak, gunakan gel pelembap disebabkan kandungan air yang lebih tinggi.
4. Melindungi kulit dengan memakai sunscreen
Cuaca yang panas terik di Malaysia menyebabkan kulit kita terdedah pada sinaran matahari walaupun berada “indoor”. Seharusnya kita tidak memandang ringan kerana sinar UV mampu percepatkan proses penuaan. Siapa je yang nak nampak tua awal? Kalau boleh, nak awet muda sampai ke tua, betul tak? Disebabkan sering terdedah pada sinar UV, ia dapat merosakkan kulit sekali gus memecahkan serat kolagen yang membantu menganjalkan kulit. Jika proses pembuatan kolagen dari dalam kulit lambat, maka kulit akan menjadi kusam dan tidak bermaya.
5. Minum air putih secukupnya
Minum air putih adalah salah satu cara yang paling mudah untuk menjaga kulit muka kerana ia dapat mengaktifkan dan melembapkan sel-sel kulit untuk menghalang kulit daripada menimbulkan jerawat, jeragat, kekusaman dan kedutan. Kulit anda juga akan menjadi lebih glowing dan lembut apabila minum air putih secukupnya.
6. Wap / stim muka seminggu sekali
Orang dulu-dulu selalu jaga muka dengan stim muka kerana ia membantu untuk membuka pori dan melembutkan blackheads dan whiteheads, jadi lebih senang untuk dikeluarkan. Wap daripada air panas itu juga dapat membantu pengaliran darah yang lebih baik sekali gus memberikan kandungan oksigen dalam kulit. Selain itu, stim muka juga dapat menganjalkan kulit kerana dapat mengaktifkan proses pembuatan kolagen.
7. Pilih kosmetik yang non-comedogenic (tidak menyumbatkan pori)
Salah pilih kosmetik juga menjurus kepada kulit kusam dan tidak bermaya. Oleh itu, pilihlah kosmetik yang tidak menyumbatkan pori supaya pori-pori kita bebas daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit muka rosak. Untuk pengetahuan anda, kosmetik FARMASi semuanya adalah non-comedogenic dan berasaskan daripada kandungan yang halal iaitu daripada ekstrak tumbuhan dan buah-buahan. Untuk mendapatkan kulit kelihatan lebih bermaya secara instant, anda boleh menggunakan CC CREAM yang dikenali sebagai “tinted moisturiser” yang diperkaya dengan bahan-bahan yang terdapat dalam skincare untuk merawat kulit secara mendalam dan mempunyai SPF 25 yang mampu melindungi kulit daripada sinar UV. Bak kata pepatah, seperti sambil menyelam minum air, yakni sambil makeup dapat merawat wajah seperti menggunakan skincare.