7 RAHSIA TAMPAK AWET MUDA SEPERTI PERAWAN
1. Lakukan exfoliating
Sel-sel kulit mati dan sisa kotoran yang boleh memasuki pori-pori, garis halus dan kedutan. Exfoliasi dapat membantu untuk mengeluarkan kotoran degil di dalam pori-pori.
2. Pakai toner
Toner sangat penting dalam rutin penjagaan kulit untuk mengawal semula kadar pH kulit kita. Sebelum cuci muka, kulit kita berada dalam keadaan berasid iaitu di pH 3-5. Selepas cuci muka, kulit kita berada dalam keadaan beralkali iaitu di pH 9-11. Dengan memakai toner, kulit kita akan kembali pada pH neutral iaitu di pH 6-8. Kulit muka berasid akan menjurus kepada keradangan kulit, manakala kulit muka beralkali boleh menyebabkan kering dan dehidrasi. Apabila kulit berada dalam keadaan neutral, kulit kita lebih senang untuk menerima produk lain.
3. Pakai pelembap
Manfaat pelembap adalah semestinya untuk melembapkan kulit. Namun, jika tersilap pilih pelembap boleh menyebabkan jerawat kerana kandungan minyak yang melampau. Untuk kulit berminyak, disarankan untuk menghindari daripada menggunakan pelembap yang “occlusive” seperti beeswax, petroleum jelly dan lanolin, tetapi menggunakan pelembap yang berunsur “gel” kerana kandungan air yang lebih tinggi. Untuk kulit kering pula, boleh menggunakan pelembap yang berunsur “cream” kerana kandungan minyak yang lebih tinggi yang mampu untuk menghidrasikan semula kulit.
4. Memakai serum
Serum merupakan agen anti-penuaan. Ramai fikir hanya umur 30 tahun ke atas sahaja yang perlu memakai serum. Sebenarnya, dari umur 20-an dah boleh pakai serum untuk melambatkan proses penuaan. Serum mengandungi bahan-bahan aktif yang fokus pada masalah kulit. Bukan sahaja itu, serum juga membantu mencerahkan kulit, membantu mengurangkan bekas jerawat dan saiz pori-pori, dan membaiki tekstur kulit.
5. Menggunakan sunscreen
Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar UV boleh membahayakan diri seperti keradangan kulit, mempercepat proses penuaan, kanser kulit dan juga menjejaskan mata. Ada yang mengatakan hanya perlu memakai sunscreen apabila keluar dari rumah, tetap sebenarnya sunscreen juga perlu dipakai walaupun berada “indoor” kerana sinaran matahari masih mampu menembusi tingkap. Oleh itu, sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit kita.
6. Lakukan “skin prepping dan priming” dengan betul sebelum makeup
Skin prepping sangat penting untuk menjadikan kulit lebih bersedia sebelum bersolek. Tanpa skin prepping yang betul, solekan boleh menjadi bercapuk atau “patchy”. Lakukan skin prepping terlebih dahulu dan gunakan primer sebelum memulakan solekan untuk menjadikan pengantara skincare dan makeup supaya kulit tetap mendapatkan rawatan daripada skincare walaupun bersolek.
7. Pilih kosmetik yang non-comedogenic (tidak menyumbatkan pori)
Salah pilih kosmetik juga menjurus kepada kulit kusam dan tidak bermaya. Oleh itu, pilihlah kosmetik yang tidak menyumbatkan pori supaya pori-pori kita bebas daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit muka rosak. Untuk pengetahuan anda, kosmetik FARMASi semuanya adalah non-comedogenic dan berasaskan daripada kandungan yang halal iaitu daripada ekstrak tumbuhan dan buah-buahan.
Melakukan langkah-langkah ini pasti mengambil masa untuk tampil awet muda. Namun, jika anda ingin tampak seperti perawan secara “instant”, anda boleh menggunakan Foundation Full Coverage FARMASi VFX Pro Foundation yang berasaskan teknologi “photo-filter”. Dengan satu pump foundation sahaja mampu menjadikan wajah anda tampak lebih muda.