Jika anda meminati solekan yang “minimal”, sudah tentu anda patut menggunakan CC Cream. CC Cream mempunyai fungsi “all-in-one” dalam satu produk, jadi ia sangat sesuai untuk digunakan secara kerap.
APA ITU CC CREAM?
CC Cream sebenarnya adalah singkatan daripada “Color Control Cream”. FARMASi CC Cream ini merupakan sejenis pelembap berwarna (tinted moisturiser) yang mengandungi bahan-bahan rawatan kulit secara mendalam. Ia bukan sekadar kosmetik semata-mata, tetapi sekali gus merawat dan memulihkan kulit.
KELEBIHAN CC CREAM
CC Cream sangat sesuai bagi yang meminati solekan yang “minimal” atau yang ingin pakai untuk harian. Walaupun “medium coverage”, tetapi sudah mencukupi untuk tampil rapi dan menarik. Tekstur CC Cream sangat ringan dan tidak menyumbatkan pori-pori. Ia mengandungi 9 bahan utama:
- Macadamia Oil: Melembapkan dan memperbaiki kulit kering secara mendalam
- Argan Oil: Melembapkan dan mengatur tahap sebum, menyembuhkan jerawat dan memudarkan parut
- Multimineral Complex: Meningkatkan daya tahan kulit terhadap kerosakan persekitaran
- Vitamin B3: Membantu mengurangkan garis-garis halus, kedutan, meningkatkan keanjalan kulit, kelihatan lebih muda
- Vitamin C: Membantu membetulkan kulit tidak sekata dan mencerahkan kulit
- Oat Extract: Mengurangkan keradangan yang membantu menyuburkan dan memperbaiki kulit yang paling sensitif
- SPF 25: Melindungi kulit daripada sinar UV cahaya matahari
- Silk Protein: Melembutkan kulit
- Collagen: Memperbaiki permukaan kulit dan membantu mengurangkan garis halus dan kedutan serta mencegah penuaan
CARA PENGGUNAAN
Tahukah anda bahawa CC Cream sangat mudah untuk digunakan pada kulit? Tanpa menggunakan berus atau span, dengan menggunakan jari juga sudah mampu untuk melitupi seluruh wajah. Disebabkan “coverage” CC Cream adalah “buildable”, anda boleh menggunakannya dalam saiz kacang (pea size) dan boleh tambah jika memerlukan “coverage” yang lebih tebal. Sapu pada kulit dengan mengikut arah liang roma tumbuh untuk mengelakkan daripada kelihatan bercapuk.