Skip to main content

Anda mungkin sudah biasa bersolek dan pasti anda sudah mahir menggunakan alat solek. Namun, adakah anda membuat persediaan kulit (skin prepping) yang rapi sebelum bersolek? Kulit kita boleh jadi terkejut jika tiada persediaan. Sebagai contoh, jika kulit tidak disediakan dengan rapi, masalah kulit seperti jerawat boleh timbul dan solekan juga menjadi tidak sekata dan bercapuk. Untuk mengelakkan masalah-masalah ini, anda perlu lakukan langkah yang penting ini sebelum bersolek.

APAKAH “SKIN PREPPING”?

Penyediaan kulit atau “skin prepping” merupakan langkah yang digunakan selepas memakai
“skincare” dan sebelum memakai kosmetik. Tujuannya adalah untuk memberi lapisan yang
memisahkan kulit daripada kosmetik bercampur dengan “skincare” yang membantu merawat
kulit dari dalam. Dengan membuat “skin prepping”, kulit akan dapat manfaat daripada “skincare”
dan menjadikan kulit lebih sekata apabila bersolek.

Sebelum memulakan skincare, anda boleh menggunakan FARMASi Sensi Wipes untuk
membersihkan kulit daripada sebarang kotoran sebelum menggunakan pelembap kulit.
Diperkaya dengan ekstrak buah Acai, ia mampu memberi kesan kelembapan yang berterusan.

Setelah membuat persediaan kulit, barulah boleh teruskan dengan solekan cepat dengan 3 langkah sahaja!

LANGKAH 1: MENGGUNAKAN PRIMER

Setelah menggunakan “skincare”, tunggu seketika sebelum memulakan solekan untuk memastikan “skincare” tersebut telah menyerap ke dalam kulit. Mulakan solekan dengan menggunakan primer untuk mendapatkan solekan yang lebih sekata dan tahan lama.

Tekstur FARMASi VFX Pro Primer adalah “matte” tetapi tidak mengeringkan. Untuk yang lebih gemarkan teknik solekan “dewy”, boleh gunakan FARMASi VFX Pro Primer Strobe kerana ia mempunyai tekstur yang berkilat memberi kesan kepada solekan yang lebih “glowing”.

LANGKAH 2: MENGGUNAKAN CONCEALER

Kulit anda pasti ada cela-cela seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam dan tona kulit tidak sekata. Untuk menutupi cela-cela yang nyata, anda boleh memakai concealer sahaja. FARMASi Liquid Concealer adalah “full coverage” dan senang untuk diratakan dengan menggunakan jari sahaja. Diperkaya dengan manfaat anti-oksida, ia mampu memberikan liputan penuh pada

cela-cela yang nyata. Dengan memakai CC Cream secara kerap, ia mampu untuk membantu melindungi, memperbaiki dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat serta merta dan kelihatan awet muda.

LANGKAH 3: MERATAKAN DENGAN BEDAK COMPACT

Untuk kelihatan lebih sekata, ratakan seluruh wajah dengan bedak compact pilihan anda. Di FARMASi, kami ada 3 jenis bedak compact yang mempunyai fungsi yang berbeza.

Jika concealer tidak mampu menutupi cela sepenuhnya, FARMASi BB Powder lah jalan penyelesaiannya kerana ia mempunyai coverage yang tinggi. Ia juga mempunyai SPF 15 yang boleh menghalang kulit daripada terkena sinar UV. Ia memberi kesan selembut kulit bayi.

Bagi yang inginkan medium coverage, FARMASi Face Perfecting Powder juga merupakan alternatif kepada foundation. Teksturnya sangat ringan dan terdapat dalam 5 kod warna yang berbeza yang sesuai dengan banyak tona warna kulit.

Bagi yang kurang mempunyai masalah kulit tetapi mempunyai jenis kulit yang cepat berminyak, FARMASi Transparent Powder mampu untuk menangkap minyak dan menjadikan kulit lebih gebu. Ia juga tidak mempunyai warna, menjadikannya sangat sesuai untuk semua warna kulit. Bersolek ini mudah kan? Hanya menggunakan 3 jenis barang pilihan sudah mampu untuk dapatkan solekan base yang sekata. Selamat mencuba!

Semua produk di atas dan juga produk-produk terpilih akan dipromosikan pada 9 September
2020 sempena 9.9 SALE di Lazada dan Shopee.

Leave a Reply