Rambut gugur boleh menjadi mimpi ngeri bagi seseorang individu jika kadar keguguran rambut itu melebihi kadar normal. Pastinya anda pernah mengalami masalah rambut gugur. Rambut gugur berlaku pada bahagian rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan anda. Mungkin anda perasan beberapa helai rambut atas bantal ketika bangun tidur, atau segumpal rambut melekat di lubang bilik air ketika mandi, malah rambut juga gugur apabila menyikat rambut. Tetapi mengapa rambut gugur? Adakah normal untuk rambut gugur sebanyak itu?
Rambut gugur mungkin berpunca daripada banyak faktor seperti keturunan, peningkatan usia, perubahan hormon, pemakanan dan masalah kesihatan.
Kenapa rambut gugur?
Berdasarkan kajian serata dunia, keguguran rambut dalam kadar 50 hingga 100 helai rambut dalam sehari adalah dianggap normal bagi seseorang individu. Antara faktor rambut gugur kemungkinan berkaitan daripada satu atau lebih faktor-faktor seperti berikut:
- Tekanan fizikal dan mental
Tekanan mental selalunya menjurus kepada tekanan fizikal atau sebaliknya, menjadikan seseorang berasa tertekan dalam menguruskan sesuatu isu. Sebagai contoh, seseorang individu mungkin mengalami masalah dalam menghadapi stres selepas kemalangan kereta disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.
- Kehamilan
Ramai dalam kalangan ibu mengandung mengalami masalah rambut gugur disebabkan pertukaran hormon atau tekanan fizikal. Kebiasaannya, rambut gugur semakin ketara setelah bayi dilahirkan.
- Kekurangan kandungan protein
Jika seseorang individu tidak mendapat kandungan protein secukupnya, proses pertumbuhan rambut terganggu oleh sebab protein tidak mencukupi untuk memberi bekalan kepada rambut.
- Perubahan hormon wanita
Wanita kerap mengalami ketidakseimbangan hormon apabila berlakunya proses menopause dan pengambilan pil perancang.
- Keturunan
Pola kebotakan lelaki atau wanita disebabkan keturunan adalah antara yang paling kerap berlaku.
Namun, jika anda sedang mengalami masalah rambut gugur, pastinya ada jalan penyelesaiannya. Memperkenalkan set penjagaan rambut Dr. C. Tuna Vitalizing Garlic & Capixyl yang diperkaya dengan kandungan bawang putih yang mampu untuk membantu mengurangkan pelbagai masalah rambut.
Bagaimana bawang putih dapat membantu rambut gugur?
Selama berabad-abad, bawang putih telah digunakan dalam kecantikan dan kesihatan secara meluas. Bahan ini dipercayai mampu untuk memerangi masalah rambut gugur.
Bawang putih merupakan bahan semulajadi yang mengandungi bahan-bahan aktif yang menggalakkan proses peredaran darah, membersihkan dari dalam pori-pori kulit kepala dan folikel rambut secara mendalam, menguatkan akar setiap helaian rambut sekaligus merangsang pertumbuhan rambut.
Bahan-bahan
Set penjagaan rambut Dr. C. Tuna Vitalizing Garlic & Capixyl menawarkan penyelesaian yang berkesan untuk rambut rapuh dan menipis. Diperkaya dengan formulasi bawang putih dan capixyl, mampu untuk membina semula rambut jauh dari dalam dan di permukaan. Dengan penggunaan secara berterusan, membantu menguatkan rambut sekaligus memberikan penampilan rambut yang berkilat.
Antara bahan kandungan utama dalam set penjagaan rambut Dr. C. Tuna Garlic & Capixyl termasuk:
- Bawang putih
Mempunyai sifat nyah mikroba (antimicrobial) yang membantu membunuh kuman dan bakteria, mencegah penyumbatan pada akar rambut, merawat masalah seperti kelemumur, meningkatkan peredaran darah dan pengeluaran kolagen, dan mencegah keradangan kulit kepala.
- Capixyl
Formula yang diperkaya dengan ekstrak bunga Red Clover yang kaya dengan Biochanin A, sejenis emolien lembut yang mengurangkan keradangan kulit kepala, menguatkan dan melebatkan rambut, dan melembabkan kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut yang semulajadi dan ketara.
- Minyak kelapa
Menembusi jauh ke dalam akar rambut, mencegah kerosakan rambut dan rambut bercabang, dan menjadikan rambut halus seperti sutera.
Sejak pelancaran produk ini pada November 2020, telah menjadi sebutan orang ramai dan pelbagai testimoni yang diperoleh seperti rambut semakin lebat, anak rambut banyak tumbuh, masalah kelemumur dan keradangan kulit kepala berkurang dan masalah kulit kepala berminyak berkurang.
Cara-cara Penggunaan
Langkah 1: Dr. C. Tuna Vitalizing Garlic Oil
Gunakan Garlic Oil 30 minit sebelum syampu. Sapukan pada helaian rambut dari bahagian tengah hingga hujung rambut / kulit kepala yang bermasalah / kedua-duanya sekali.
Tips: Gunakan sebelum tidur dan biarkan semalaman jika anda kesuntukan masa di waktu pagi.
Langkah 2: Dr. C. Tuna Vitalizing Garlic & Capixyl Shampoo
Basahkan rambut dengan air bersuhu bilik dan cuci rambut menggunakan Garlic & Capixyl Shampoo. Urut kulit kepala selama 2-3 minit supaya nutrisi serap ke dalam kulit kepala. Bilas sehingga bersih.
Tips: Elak menggunakan air panas.
Langkah 3: Dr. C. Tuna Vitalizing Garlic & Capixyl Hair Mask
Gunakan Garlic & Capixyl Hair Mask pada keseluruhan rambut dan elakkan kulit kepala. Bilas selepas 2-3 minit.
Tips: Gunakan sikat bergigi lebar bagi aplikasi yang lebih rata.
Dapatkan Dr. C. Tuna Set Complete hari ini: